Terms & Conditions

Garis panduan asas untuk memastikan semua vendor beroperasi dengan selamat, profesional, dan mengekalkan reputasi platform.

1. Akaun Vendor

Satu vendor hanya dibenarkan memiliki satu akaun aktif. Nombor telefon yang sah diperlukan semasa pendaftaran. Akaun akan disemak sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.

2. Produk yang DibenarkanHanya produk digital yang asli dan mempunyai hak milik sah. Produk mesti lengkap, boleh dimuat turun, dan berkualiti baik. Dilarang keras memuat naik bahan berhak cipta tanpa kebenaran.

3. Senarai Produk

Semua produk vendor baharu perlu melalui proses semakan. Fail PDF perlu dimuat naik terus ke sistem Arkedd dengan had 2MB.

4. Penetapan Harga

Harga minimum bagi setiap produk ialah RM 5. Produk dengan harga mencurigakan akan ditolak atau disemak.

5. Layanan Pelanggan

Vendor mesti membalas mesej pembeli dalam tempoh 24 jam. Produk yang bermasalah atau rosak perlu diganti tanpa kos.

6. Pematuhan

Vendor wajib mematuhi polisi Arkedd pada setiap masa. Akaun boleh digantung tanpa notis jika melanggar peraturan.

2. Terms of Listing (Publish Product)– Arkedd.com

Dengan menghantar produk ke Arkedd, vendor bersetuju bahawa:

1. Produk adalah milik vendor dan tidak melanggar hak cipta sesiapa.

2. Semua fail digital adalah lengkap, berfungsi dan bebas virus.

3. Harga yang ditetapkan adalah munasabah dan tidak bersifat manipulatif.

4. Vendor tidak memuat naik kandungan sensitif, berbahaya atau terlarang.

5. Arkedd berhak menolak, memadam, atau menyemak mana-mana produk tanpa notis.

6. Vendor bertanggungjawab memastikan maklumat produk adalah tepat dan terkini.

7. Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan akaun digantung.

3. Hak Milik & Lesen Penggunaan

1. Vendor mengesahkan bahawa semua produk digital yang dimuat naik ke Arkedd adalah milik vendor sepenuhnya, atau vendor mempunyai hak kebenaran untuk menjualnya.

2. Dengan memuat naik produk tersebut, vendor memberikan Arkedd lesen bukan eksklusif untuk memaparkan, mempromosikan, mengedar, dan menggunakan bahan tersebut bagi tujuan operasi platform, termasuk promosi, pemasaran, dan paparan dalam sistem.

3. Hak milik asal produk kekal milik vendor sepenuhnya. Arkedd tidak mengambil alih hak cipta kecuali vendor bersetuju secara bertulis.

4. Vendor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang isu hak cipta atau pelanggaran harta intelek.

Produk Digital & Salah Guna

5. Disebabkan produk yang dijual adalah produk digital, Arkedd tidak mempunyai kawalan penuh sekiranya pembeli menyebarkan, menjual semula, atau menyalahgunakan produk tersebut di luar platform.

6. Vendor berhak memberi notis, amaran, atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan produk digital milik vendor.

7. Vendor bersetuju bahawa risiko penyebaran digital merupakan sebahagian daripada sifat produk digital, dan Arkedd tidak bertanggungjawab atas kerugian luar kawalan platform.

For customer

All purchases are non-refundable and non-exchangeable. Upon successful payment, the customer acknowledges and agrees that they are purchasing a digital product and understands that no returns, refunds, or cancellations will be granted under any circumstances, including accidental purchases or change of mind

Terma & Syarat Kupon

1. Kupon WELCOME10 hanya sah untuk pengguna baru yang membuat pembelian pertama di Arkedd.com.

2. Kupon ini memberikan diskaun 10% ke atas pembelian yang layak dan tidak boleh digabungkan dengan promosi lain, melainkan dinyatakan sebaliknya.

3. Sekiranya kupon gagal digunakan, tidak sah, atau dianggap invalid disebabkan oleh: Penggunaan emel yang telah didaftarkan sebelumnya, Isu alamat IP atau peranti, Atau sebarang sebab lain yang menyebabkan kupon dikira telah digunakan, pengguna tidak berhak untuk membuat tuntutan atau permintaan gantian kepada Arkedd.

4. Arkedd berhak sepenuhnya untuk menentukan kelayakan penggunaan kupon bagi setiap pengguna. Keputusan Arkedd adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

5. Arkedd berhak untuk meminda, menangguhkan atau membatalkan kupon ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Arkedd Wallet Top-Up Terms & Conditions

Wallet Usage

Wallet top-up di Arkedd adalah store credit sahaja.

Kredit ini hanya boleh digunakan untuk membeli produk atau servis di platform Arkedd.

Non-Withdrawable

Semua kredit wallet adalah tidak boleh dikeluarkan / withdraw dalam bentuk tunai.

Vendor atau pengguna tidak berhak menuntut bayaran balik atas kredit yang dimasukkan ke wallet.

No Refunds

Tiada refund akan diberikan, walaupun top-up dibuat secara tidak sengaja atau kesilapan.

Pengguna disarankan memeriksa jumlah top-up sebelum mengesahkan pembayaran.

Platform Rights

Arkedd berhak mengubah syarat penggunaan wallet bila-bila masa, dengan notis di platform.

Penggunaan wallet menandakan penerimaan pengguna terhadap terma dan syarat ini.

Arkedd Loyalty Points Terms & ConditionsPoints Earning

Loyalty points diperolehi melalui pembelian produk atau aktiviti lain yang ditetapkan oleh Arkedd.

Points hanya sah untuk digunakan dalam platform Arkedd sahaja.

Points Redemption

Points yang telah ditebus tidak boleh dibatalkan, ditukar tunai, atau dikembalikan.

Pengguna disarankan memastikan jumlah points dan pilihan penebusan sebelum mengesahkan transaksi.

Non-Transferable

Points adalah tidak boleh dipindah milik ke akaun lain.Arkedd berhak menolak penebusan points jika terdapat penyalahgunaan.

Platform Rights

Arkedd berhak mengubah atau menghentikan program loyalty points bila-bila masa dengan notis di platform. Penggunaan points menandakan penerimaan pengguna terhadap terma dan syarat ini.

Terma & Syarat Subscription Plan & Switch Plan

Pembelian PlanSemua subscription plan adalah non-recurring. Vendor bertanggungjawab untuk membuat pembayaran penuh sebelum plan aktif.Tiada refund akan diberikan untuk plan yang telah dibayar, termasuk sebahagian atau penuh, atas sebarang sebab.

Switch Plan

Vendor boleh menukar plan melalui Vendor Dashboard > Subscription > Switch PlanSetiap pertukaran plan dianggap sebagai pembelian baru.Vendor perlu membuat pembayaran plan baru semasa switch, walaupun plan sebelumnya masih aktif.Plan lama akan terus kekal sehingga tamat tempoh, dan tidak akan dikredit atau diganti.

Akses & Had Plan

Setiap plan mempunyai had produk, ciri, dan komisen yang telah ditetapkan.Vendor hanya boleh mengakses ciri-ciri plan yang telah dibayar dan aktif.

Perubahan Plan oleh Admin

Admin boleh assign atau tukar plan vendor secara manual.Vendor tidak akan dikenakan pembayaran semasa admin assign plan.

Penerimaan Terma

Dengan membeli atau menukar plan, vendor dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma & syarat ini.